• Laman Utama
  • Biografi
  • galeri
  • hubungi kami
Laman Info
  • Yayasan Tun Razak
  • Alumni YTR
  • Tun Abdul Razak
  • Tun Hajah Rahah
  • Program Kepimpinan
  • Anugerah Tun Abdul Razak
  • Menara Yayasan Tun Razak
Borang Online
  • Isi borang online
  • Muat Turun Borang (PDF)
Penghargaan
Hakcipta 2009
program kepimpinan tun razak

Video Kompilasi Aktiviti Program Kepimpinan Tun Razak

 

Pengenalan Program Kepimpinan Tun Razak

Yayasan Tun Razak dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Arkib Negara Malaysia mengadakan Program Kepimpinan Tun Razak (PKTR) bagi lepasan SPM pada setiap tahun. Program yang diadakan sebelum lepasan SPM memasuki institusi pengajian tinggi ini disertai oleh pelajar-pelajar terbaik serta pemimpin pelajar seluruh Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Pemilihan untuk mengikuti program ini adalah melalui interview, setelah pencalonan mereka dibuat oleh pihak sekolah.
 
   
 
   
 
   
 PKTR diadakan selama 2 minggu dan bertujuan untuk mempersiapkan pelajar ke pusat pengajian tinggi dan memberi pendedahan kerjaya kepada mereka. Menerusinya peserta berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan ketua eksekutif syarikat korporat, negarawan, professional muda dan mahasiswa institusi pengajian tinggi dalam dan luar negeri. Program sampingan antaranya homestay, khidmat komuniti, cabaran lasak seperti white water rafting turut diadakan bagi mengeratkan hubungan dan perpaduan peserta.
   
 
     
 
Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1993, PKTR kini mempunyai seramai 872 alumni. Setiap tahun hanya 50-70 peserta sahaja dipilih menyertainya.

 

* Isi atau dapatkan borang Program Kepimpinan Tun Razak di sini