• Laman Utama
  • Biografi
  • galeri
  • hubungi kami
Laman Info
  • Yayasan Tun Razak
  • Alumni YTR
  • Tun Abdul Razak
  • Tun Hajah Rahah
  • Program Kepimpinan
  • Anugerah Tun Abdul Razak
  • Menara Yayasan Tun Razak
Borang Online
  • Isi borang online
  • Muat Turun Borang (PDF)
Penghargaan
Hakcipta 2009
Menara yayasan tun razak

Menara Yayasan Tun Razak (YTR) merupakan satu lagi mercu tanda menarik dan berdiri teguh di lokasi strategik dalam kawasan segi tiga emas Bandaraya Kuala Lumpur di atas sebidang tanah seluas 68,523 kaki persegi beralamat di No. 200, Jalan Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur.

Menara YTR mempunyai satu blok menara setinggi 22 tingkat dengan tiga tingkat tempat letak kereta di aras bawah tanah. Keluasan lantainya adalah 40,000 kaki persegi

Ia dibina sebagai mengenang jasa bekas Perdana Menteri Malaysia Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak kepada negara. Majlis pecah tanah bagi membangunkan menara ini telah disempurnakan YA Bhg. Tun Hajjah Rahah Tan Sri Hj. Mohd Noah. Pembinaannya dimulakan pada 9 Mei 2000 dan siap sepenuhnya pada 15 Jun 2004 serta menerima Sijil Perakuan Layak Menduduki pada 14 Julai 2004. Menara YTR telah dirasmikan oleh YABhg Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi, pada 29 Mac 2005

Projek pembinaan menara ini dikendalikan oleh YTR Harta Sdn. Bhd, syarikat usahasama Yayasan Tun Razak dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). YTR memiliki 19 peratus ekuiti sementara KWSP memegang 81 peratus ekuiti.

Dengan tersergam megahnya Menara YTR, impian untuk sebuah organisasi yang bertujuan memanjangkan hasrat perjuangan Allahyarham Tun Abdul Razak akhirnya menjadi kenyataan.

 

corporate

DEWAN BESAR TUN RAHAH FOR WEDDING RECEPTIONS

Selain daripada ruang pejabat, bangunan ini juga mempunyai sebuah ballroom berkeluasan 9,300 kaki persegi dikenal sebagai Tun Rahah Grand Hall dan kemudahan-kemudahan lain seperti medan selera, ‘health fitness center’, ‘roof garden’ dan surau.

Penyewaan bangunan diuruskan YTR Harta Sdn Bhd, iaitu syarikat usahasama KWSP-YTR manakala tempahan bagi Tun Rahah Grand Hall diuruskan Restoran Sri Melayu.

LOKASI MENARA YAYASAN

Tempahan Ruang menara yayasan tun razak

Penyewaan Ruang Pejabat :

YTR Harta Sdn Bhd
Tingkat 10, Bangunan KWSP
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur

Tel : 03-26161925 / 03-26162027

Tempahan Dewan Besar Tun Rahah :

dewan besar tun rahah

Tun Rahah Grand Hall
Level 1 Menara Yayasan Tun Razak,
No. 200 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Reservation: 03-2166 6006/2002
Fax: 03-2166 3003

http//www.serimelayu.com