Kembalinya Allahyarham Tun Abdul Razak ke rahmatullah pada 14 Januari 1976 mengejutkan semua pihak kerana tiada siapa tahu penyakit yang dihidapi beliau. Ramai berpendapat bahawa cara terbaik untuk mengenang jasa Tun ialah dengan menubuhkan sebuah yayasan yang boleh menyambung dan meneruskan perjuangan murni beliau. Justeru, pada 20 Februari 1976, di satu majlis anjuran akhbar ‘The New Straits Times’, sebuah yayasan telah dilancarkan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Yang Amat Arif Tun Mohamed Suffian, Ketua Hakim Negara ketika itu dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Razak yang pertama. Dalam masa sama, beberapa institusi lain turut dirancang dan ditubuhkan dengan tujuan yang sama. Untuk mengelakkan kekeliruan serta salah faham, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri Kewangan pada Mac 1976 untuk menyatukan institusi-institusi berkenaan. Justeru, pada Julai 1976, satu rang undang-undang telah diluluskan oleh Parlimen dan seterusnya diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 28 Oktober 1976. Rang Undang-undang tersebut dikenali sebagai Akta Yayasan Tun Razak.
Objektif
Objektif Yayasan Tun Razak ialah:-
Aktiviti
1) Anugerah Tun Abdul Razak


Anugerah ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada individu dan pertubuhan yang telah memberi sumbangan cemerlang terhadap pembangunan negara selaras dengan objektif penubuhan Yayasan Tun Razak. Tiga kategori anugerah disediakan iaitu Anugerah Antarabangsa, Anugerah Kebangsaan dan Anugerah Pertubuhan. Setiap penerima akan dianugerahkan dengan sebutir pingat bersalut emas berukiran wajah Tun Abdul Razak, sekeping sijil penghargaan dan sejumlah wang tunai yang ditentukan oleh Lembaga YTR.
2) Anugerah Tun Abdul Razak Kepada Pelajar Terbaik Universiti Kebangsaan Malaysia


Anugerah ini merupakan anugerah tahunan yang mula diperkenalkan pada tahun 1995 yang dianugerahkan kepada pelajar terbaik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dipilh oleh Senat UKM. Anugerah diberi untuk memperingati Tun Abdul Razak sebagai Canselor Pertama UKM. Setiap penerima akan dianugerahkan dengan sebutir pingat bersalut emas dengan ukiran wajah Tun Abdul Razak, sekeping sijil penghargaan dan sejumlah wang tunai yang ditentukan oleh Lembaga YTR.
3) Program Kepimpinan Tun Razak (PKTR)


PKTR adalah aktiviti tahunan yang telah diadakan sejak 1993 untuk lepasan SPM yang cemerlang dalam bidang akademik, ko kurikulum dan telah menunjukkan ciri-ciri kepimpinan unggul. Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat kepimpinan dalam usaha untuk melahirkan generasi pelapis kepimpinan.
4) Penerbitan Buku & Video Dokumentari
Projek penerbitan buku-buku tentang Tun Abdul Razak dimulakan pada 1995 bertujuan memperkenalkan Allahyarham Tun sebagai tokoh pemimpin ulung kepada generasi muda terutama kepada mereka yang lahir selepas tahun 1976 dan bagi menghargai jasa Allahyarham Tun. Buku-buku yang diterbitkan adalah :-
![]() |
![]() |
|---|---|
![]() |
|
![]() |
|
YTR juga menerbitkan video dokumentari iaitu ‘Life & Times of Tun Abdul Razak’ dan ‘Mengenang Kembali Tun Abdul Razak’.
5. Syarahan Tun Razak
Syarahan Tun Razak merupakan platform perbincangan intelektual bagi membolehkan tokoh-tokoh membincangkan sesuatu isu yang dipilih merangkumi isu-isu ekonomi, sosial dan antarabangsa.
6. Aktiviti Bagi Mengenang Jasa Tun Abdul Razak




YTR dengan kerjasama pelbagai pihak menjalankan aktiviti-aktiviti bagi membolehkan masyarakat menghayati dan mengenang kembali jasa serta pengorbanan besar Allahyarham Tun kepada tanahair.
7. Program Kebajikan & Tanggungjawab Sosial
Sumbangan kepada badan kebajikan, rumah anak yatim, golongan miskin, masyarakat orang asli dan mangsa bencana turut dihulurkan melalui aktiviti CSR yang dijalankan bersama Ahli-Ahli Alumni YTR.PENGERUSI &
LEMBAGA PEMEGANG AMANAH

YA Bhg. Tun Mohammed Hanif Omar
![]()
![]() |
![]() |
![]() |
|---|---|---|
| Y Bhg. Tan Sri Dato’ Michael Chen Wing Sum | Y Bhg. Tan Sri Dato’ Thong Yaw Hong | Y Bhg. Tan Sri Datuk Seri Hjh. Aishah Abdul Ghani |
![]() |
![]() |
![]() |
| Y Bhg. Tan Sri Datuk Abdul Hamid Egoh | Y Bhg. Tan Sri G.K. Rama Iyer | Y Bhg. Tan Sri Datuk Arshad Ayub |
![]() |
![]() |
![]() |
| YA Bhg. Toh Puan Dato’ Seri Dr. Hjh. Aishah Ong | Y Bhg. Puan Azah Aziz | Y Bhg. Dato’ V.C. George |
![]() |
![]() |
![]() |
| Y Bhg. Dato’ Wan Mansor Abdullah | YM Tunku Tan Sri Dato’ Shahriman Tunku Sulaiman | Y Bhg. Dato' Md Agil Mohd Natt |
![]() |
![]() |
![]() |
| Y Bhg. Prof. Emeritus Dato’ K.J. Ratnam | Y Bhg. Dato’ Hj. Hasbullah Hj. Yusof | Y Bhg. Dato’ Hj. Mohd Nordin Idris |
![]()
Yayasan Tun Razak 2009 / sabil redwidowweb